Blogger Template by Blogcrowds

Embunan Di Bongkah Merah


Kedinginan bayu malam,
Bertiup sayu perlahan,
Membawakan erti kesuraman,
Di malam yang terasa begitu kelam,
Tanpa bulan yang benderang,
Tanpa bintang bekerdipan,
Sirna segala dalam kegelapan.

Dingin tika ini membuatku terdiam,
Tersandar sendirian,
Berfikir akan kesilapan semalam,
Fikiran terbang melayang,
Nun jauh di atas awanan,
Merenung terus kehadapan,
Namun segalanya dalam kebingungan.

Tatkala kurenungkan,
Tersirat tawa gembira,
Namun kutahu,
Dibaliknya tersurat rasa terpendam,
Mungkin sama bak suram malam,
Mungkin juga bagai lahar kepanasan,
Atau mungkin. . .
Ketidakpastian menyelubungi.

Di sana,
Di sini,
Yang itu,
Atau yang ini,
Yang manakah jawapannya,
Aku terus bermain dengan tanya,
Yang belum kutahu apa jawabnya,
Aku sendiri kebingungan,
Kelu tanpa mampu bersuara,
Walau sebutir kata.

Kesyahduan semalam beterusan,
Membawa ke hari ini,
Aku terperangkap di kesempitan ini,
Rasa yang tak kusangka,
Rasa yang buat aku terhimpit,
Sesalan merantai diri.

Biarlah berjuta saat berlalu,
Berlarilah dikau bersamanya,
Biar dia menemanimu,
Sampai kapan kau mahukan,
Sanggup aku menantinya,
Andai itu meringankan bebanan,
Andai itu membuahkan kemaafan.

Mengintai dari tirai hati,
Menyingkap rahsia tersembunyi,
Sungguh tiada siapa mengetahui,
Melainkan Ilahi,
Yang Maha Mengetahui.

Begitu pantas bumi berputaran,
Begitu cepat bumi beredaran,
Begitu juga masa yang berjalan,
Hampir semuanya mengalami perubahan.

Namun aku tetap aku,
Kamu tetap kamu,
Dia tetap dia,
Begitulah jua mereka,
Kita semua adalah kita,
Tetap orang yang sama,
Cuma wataknya berbeza,
Kerana masa telah merubah kita,
Membawa kita meniti usia.

Yang berlalu itu adalah sejarah,
Tidak kira manis pahitnya sejarah itu,
Pasti akan menggamit kenangan.

Kenangan dalam kenangan,
Saat merasa hidup bagai terbuang,
Jiwa kekosongan bagai melayang,
Diri terseksa bagai terhumban di lautan,
Terhulur tali menyelamatkan,
Bagai mati hidup semula,
Keindahan kembali,
Kegirangan terpancar.

Inginkan tamat di hujung sana,
Namun belum sempat ia menjejaknya,
Sampai di saat itu,
Disitulah sahaja perjalanannya,
2 persimpangan memisahkan kita.

Tinggallah semua itu dalam kenangan,
Namun semua itu ada dalam harapan,
2 persimpangan kembali menjadi 1 jalan,
Sebelum tiba di pengakhiran.

Assalamualaikum kpd pmbaca blog Aksara Puitis skalian.
Apa khabar semua? Saya harap semuanya baik hendaknya.
Saya di sini Alhamdulillah sihat sejahtera.

Pertama sekali saya nk mohon maaf kepada para pembaca kerana sudah terlalu lama rasanya saya tidak membuka blog ini apatah lagi untuk mengemaskini kandungan di dalamnya. Sebenarnya bukanlah sengaja saya tidak mahu mengemaskini blog ini, tetapi disebabkan kesulitan yang saya hadapi,saya hilang semangat untuk terus berkarya.Saya hilang sumber inspirasi, dan bermula dari saat itulah saya mula menyepi tanpa sebarang karya untuk kalian semua. Sampailah di saat dan tika ini, hati saya terdetik kembali untuk memulakan kisah-kisah baru untuk dihiaskan di blog ini. Sebagai pengisian baru, saya bercadang untuk mengisi ruangan blog ini secara berbagai.Bukan hanya karya, mungkin saya akan selitkan sedikit pengisian lain seperti post biasa, berita-berita yang terkini mengenai hidup saya dan sebagainya. Kerana saya berfikir, untuk menghasilkan sebuah karya, bukanlah suatu yang mudah kerana ia memerlukan konsentrasi, ketenangan, imaginasi serta penghayatan yang tinggi.Jadi dengan kehidupan sebagai pelajar yang agak sibuk ini, mungkin ini adalah yang terbaik.

Teruskanlah bersama say di blog ini. Nantikan karya-karya dari saya.
Jika anda punyai sebarang permintaan karya untuk saya nukilkan, bolehlah dikongsikan bersama.
Sebarang idea dan cadangan, anda boleh suarakan pada saya selaku admin persendirian blog ini.

Sekian saja dari saya, Wassalam...

Newer Posts Older Posts Home