Purnama itu amat dinanti
Purnama itu melahirkan girang di hati
Tetapi
Sepurnama itu telahpun berlalu pergi
Pelbagai perkara telah kita rasai
Bermacam peristiwa telah kita lalui
Dan akhirnya kini
Bulan yang penuh rahmat itu telah pergi
Sebak dan sendu menjelma di kedalaman hati
Bersedihlah ia sendiri
Yang patah bisa tumbuh semula
Yang hilang akan berganti pula
Yang berlalu tetap berlalu
Yang dihadapan harus dilalu
Pemergianmu Ramadan
Berganti Syawal
Aku rindukanmu
Aku setia menantimu
Moga yang seterusnya lebih baik buatku
Label: Ramadan
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment